Monday, March 7, 2011

coretan karut marut missi aleya at 9:41 PM 0 kata anda
Mata like Panda oledi...


Seram aku nengok mata aku ari nie..memang langsung x bermaya...sgt2 teruk..dah like panda..uwaaa~~~nape makin teruk lak lebam mata aku nie...mencik r..
Nie gara2 aku x cukup tidur la nie..haish!!!

Lagik2 ari nie...balik jer keje kul 7 pg tadi..x terus tidur...tapi keje menungkang ngan my housemate....
Knp x buat waktu lain???sbb tgh semangat~!!!hahahah...
Tepat 7:30 pg...bace instructionnyer duluk....tapi disbbkan terlalu excited ....sampai tersalah pasang..terpaksa buka balik skrewnyer...argh~~!!!sakit der nak mengskrewkan tue...:(( (sakit tgn eden)


nie pecahan2 nyer...kite kena sambungkannyer

menyekrew time..:p
yeah!!semangat2
tada..siap satu...
Akhirnyer...siap!!ada 2 rak..satu utk saya..lagi satu utk teman saye...



Tepat pukul 9...sudah siap..huuh~!!
susah gak yer..
N now, disbbkan mood amik pic sgt2 la tinggi...so, dgn ni saye mau menunjukkan umahku syurga ku..tempat tinggalku di Batu pahat....heheheheh


Dekorasi time....
maybe just nak letak cnie..heheheh


cantik x....heheheh
sebahagian ruang tamu saye
:))
:)))
abaikan yg bersepah...
luv froggie
selesai mengambil pic2 ini....x terus tido TAPI g BSN(bank) utk membayar segala bil2 electric, air dan astro serta PTPTN..:))
Sgt2 ngantuk kat bank tadi termasuk member aku..ketika sampai angka giliran 140 something..saye punyer 164..aaaaaa~!!!boleh tidur aku kat bank nie..dah bape kali aku menguap..dgn x mandi nyer...hahahhaah...


Selesai membayar ape yg patut, member aku ajak g maybank, ok..saye pun pegi...setelah selesai...aku rasa pelik nape motor saye sgt berat!!!
"Kak Dayah!!!motor pancit la....ko la nie berat sgt,kan dah pancit"
heheheh
aku bawa slow2...hope ada kedai motor..aku main redah jer kat tengah2 bandar batu pahat nie....jalan punyer jalan..finally jumpe...terbang RM15 aku....
Pastu perut terasa lapar...g lah cari mknn...tapi just tapau jerla..x larat dah!!!x memasal tidur smbil mkn lak kat kedai tue...kitorang just mamam lontong sate..sgt2 sedap ok....
Sampai jek umah dah pukul 11 lebih..uwaaa~!!!dah la janji ngan member kat tempat keje nak kuar jenjalan kul2:30 ptg...hadoi..hanya ada beberapa jam je tuk aku melelapkan mata...





Wednesday, March 2, 2011

coretan karut marut missi aleya at 12:53 PM 0 kata anda
LAKSA MAK NAH TERBAEK~!!


sodapnyer laksa mak saye nie...terbaik in da world la....
hahhaha
Oh yeah..tadi konon2nyer nak nolong la..upe2nyer 
dah siap dah kuahnyer..
baru nak tolong tuangkan ikan kembung yang dah siap dikisar...
Makanyer...saye tinggal potong timun ngan bawang jek....
"Potong halus2 yer"
"Baik"

Mcm biasa, totap dikomen...npe x halus nie...
hahahha...
X pe aih, janji boleh ditelan...








bukan saye.....sodapnyer~!!!



akhirnya..kini pasti....

coretan karut marut missi aleya at 10:39 AM 0 kata anda
hola...
selamat pagi...
aku baru jek balik dri test JPJ kereta...

Nie aku nak cite cket..aku geram betul dgn tester JPJ sorang nie....
GERAM!!GERAM!!!GERAM!!!!
Ko tau nyah..ada ker die kata aku langgar lampu isyarat..
benggang betul aku..kebetulan masa lampu isyarat tue....ada lampu merah n ijau...but merah utk belok ke kanan..
Aku x masuk jalan kanan..aku kena tegak...So, disebabkan lampu isyarat keluar ijau utuk jalan tegak..so, aku jalan lah kan...
Die boleh kata aku langgat lampu isyarat....
Aku cakap mana ada....Yang lampu merah tu tuk yang belok kanan....
Jd, aku jalnlah kan...
Die x ngalah..die kata kereta belakang aku x jalan...
Aik..aku tgk jalan jer...motor pun jalan..
MEMANG GERAM LER AKU TADI KAT DLM KERETA....
BOLEH BERGADUH LAK AKU NGAN JPJ TADI..HAMPEH..
Tapi dlm hati, jgn lah fai;l...uwaaaaa,...x mau mak nyah..hahhahaha

Selepas "Pergaduhan' itu.....aku jalan jer la...x bunyik separah haram...dlm ati...adui jgn la fail...
aku jalan la sehingga la ke garisan penamat...
Alhamdullilah...aku sampai dan still duduk kat kerusi drebar...huih!!!
Die bg paper result aku tue..n i see....LULUS!!!!!

lega mak nyah.....aku ckp ler terima kasih....:)))
Die uat muka seyes..argh...poyo~!!!
buat2 muka seyes..yerla nak takutkan candidate2 nie....

Papepun..tahnks yer sbb luluskan eden nie...walaupun eden tau eden betul..ekau saja jer kan nak gertak eden kan.....ok...to be cont..nak g tolong mak masak laksa..cau cin cau~!!!



Tuesday, March 1, 2011

coretan karut marut missi aleya at 11:57 PM 0 kata anda

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Salam silent reader,
Aku sesaje jew nak post ini entry..sbb aku tgk ramai 
duk post2 kat FB..aku pun nak gak join..hehehe...tp 
kat belog i jew la kan....n boley la bce banyak kali lau 
masuk belog nie....:))
Coz aku nie, kena bce byk kali bru paham...lau setakat 
sekali tue...pahamnyer sedikit2 aja...
So, kepada sesiapa yg dah bce kat mne2 yg 
dijumpai..korang kena bace gak kat dlm belog aku 
nie..ok??x kira...(paksa nie)

Bace baik2 yer..:))


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

kita x tau sape jodoh kita...kita hanya mampu merancang..yang menentukannya hanya Allah SWT...(hanya gambar hiasan..untuk menyejukkan pandangan sahaja:P)



 

my life story Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review